Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 12, 2010

105 - movie

Assalamualaikum....

semalam berjaya membawa diri keluar dari rumah... huhuhu....
seperti yang diduga  dalam entry semalam, saya pulang lewat dan sangat mengantuk. jadi pagi ni update blog.


sempena saya sedang cuti-cuti malaysia berganda...maka kelauarlah dari alam maya...
keluar jam 8pm. sedikit jam malam minggu...
maraton...maraton...sudah lama tidak melakukan aktiviti seperti ini...setelah rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah berumah tangga, maka tinggallah cik Norazlina ni sendirian....

saya dan kakak menonton secara maraton... ^_^
sampai jam 8.30pm parking pula full. berjalan secara pantas ala-ala berlumba jalan kaki.. huhuhu..
beli tiket 'ngangkung' 9.15pm dan 'hantu kak limah balik rumah' 11.30pm.



mula-mula tengok ngangkung jam 9.15pm [siap beli tiket terus masuk. tepat-tepat 9.15 turn kami.] punya la ramai...20 orang di hadapan tak termasuk yang bawa kapel, anak-anak, bini beratur beli tiket..[huhuhu..biarkan mereka]

sedikit review [kepada yang sudah menonton, sila komen]

'ngangkung' - kelakar...seram... hahaha [nama pun seram komedi] apa lagi gelak sakan la..]
cerita ni kalau siapa yang biasa pergi ngangkung tu mesti gelak lagi kuat. hahahaha...yang tak biasa pergi tu mesti cakap macam ni...[ooo..macam ni rupanya orang ngangkung] hahaha...hodoh. moral of the story. jangan la ngangkung-ngangkung ni... danger~!
part gelak, semua orang gelak tak ingat. part takut, kelihatan la takutnya.. biasa la..muka hantu semuanya hodoh. huhuhuu siapa tak seram kalau tengokkan? ada juga kelakar tengok hantu posing adui ai...
saya bagi 4 bintang

'hantu kak limah balik rumah' - saya suka En.Mamat Khalid. so..faham-faham je la...[ala-ala Adibah or cakap. hahahaha...abaikan~!]
gelak guling-guling.... tak tahan... ini baru ye pecah panggung... penonton yang ramai.hampir penuh panggung. sebab sebelah saya je ada dua seat kosong. ^_^ yang lain hampir penuh. semua orang gelak tak ingat punya. termasuklah saya...tipu sangat kalau saya tak gelak guling-guling tengok cerita En. Mamat Khalid. tengok beliau pun sudah datang aura nak gelak...moral of the story, kalau ada jiran, sila-silalah ambil tahu tentang jiran. nak-nak lagi kalau jiran kita tu dah tua dan sendirian...[sepakat membawa berkat]
cerita ni saya bagi berbintang-bintang...hahaha. saya bagi 5 bintang. tak sudah lagi gelak guling-guling ni..kepada sesiapa yang nak release tension. sila tonton cerita ini...hahahahaha

jam 1.30am..sampai di tempat parking yang sudah kosong. hihii...seram pulak teringat hantu posing atas kereta..[walaupun hantu tu kelihatan kelakar sebab daring sangat.]
1.50am sampai taman. lapar... arghhhh~~ semua kedai makan sudah tutup? aneh~ ke 711 beli mee hoon goreng dan sandwich [tak sedap]. maka gemuklah Cik Norazlina malam semalam...

jam 2.00am sampai rumah, makan, tengok tv 20 minit [sempat lagi tu] mandi, tidur dengan amat nyenyak sekali....

sekarang sudah lapar....jom makan lagi...tidak pernah breakfas selewat ini...[tadi sudah makan buah limau sebenarnya]

p/s: siapa yang belum tengok dua cerita tu...dan nak tengok, pergilah..best~ tak rugi kot. lainlah kalau sesiapa yang hatinya sangat kering. mungkin tak akan gelak... hahahaha...

maaf kalau terlalu meleret...saya suka... ^_^
wassalam....

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...