Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 15, 2010

110 - pulang ke kampung [raya haji] [birthday kembar]

Assalamualaikum....


eh, masih belum habis lagi ceritanya? ada yang cakap dokumentari... hahahaha perli~
bukan dokumentari tapi karangan darjah enam.. hahaha... tu la..masa sekolah randah tak pandai sangat nak tulis karangan. sekarang, balas dendam la...
sambung cerita...



16 nov 2010 - selasa...
pagi...masih tidak di rumah. melakukan bermacam-macam kativiti..
petang pulang ke kampung...



sampai di kampung sudah malam...aduh...sudah lama tidak pulang malam...
siap ada yang nampak hantu lagi....[tak percaya?] hahaha saya pun tak percaya. sebab saya tak nampak. yang asyik terjerit-jerit momok..momok..adalah anak buah yang ada dipangkuan saya... aduh... bikin panas ini budak... baca doa banyak-banyak. gerun. bila sampai rumah, abang ipar pun cakap dia nampak sesuatu...ah~ngeri... tak mahu pulang malam lagi...


17 nov 2010 - rabu...
raya haji...tiada feel... mengenangkan exam belum habis...
happy birthday to kembar... 
tiada pulut kuning tahun ini... sedikit celaru kerana kami pulang malam raya. selalunya awal~

persiapan menyambut aidil adha secara ringkas sahaja...
pagi raya aktiviti seperti buasa..siap-siapkan makanan, saya siap kena masak kuah lontong lagi pagi tu. entah kenapa saya yang kena. tak pernah-pernah mak suruh saya masak di pagi raya. ni kes kakak membebellah ni... cembeles~[cemburu + jeles]. katanya..'kalau aku kawen nanti, kau yang kena masak. belajar dari sekarang!' macamlah nak kawen esok. poyos! saya merajuk sepanjang hari. padan muka mereka... saya bagi tahu emak, saya pening kepala. saya tidur sampai tengah hari. saya tak ke rumah jiran seperti raya-raya lepas. padan muka mereka sekali lagi. tiada gambar kenangan pada hari raya haji. muahahaha...[sebab saya jurukameranya....cewah~]


petang ke kuantan...










senja di muara...ye ke? hahaha
cari tempat makan yang ada ikan bakar.
sudah pusing mencari merata-rata, baru saya teringat hari in hari raya.
mana ada yang membuka kedai... bising satu kereta... hahaha...
18-19 nov 2010 
masih di kampung. rehat. tak study langsung! entahlah...

20 nov 2010 - sabtu..
pagi sempat ke kenduri kahwin kawan sekolah rendah...tengah hari terus balik sini...
sunyi..sebab kakak dan anak-anak tinggal di kampung...
katanya bagi peluang saya study tanpa anak-anaknya...ceh~
saya betul-betul studylah sendirian...

got to go..
wassalam...

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...