Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 21, 2010

67 - kereta oh kereta...

salam 'cayunk' [gediks] kepada pelawat-pelawat zon Norazlina [atau] Nora..
sila tinggalkan zon ini jika anda tidak dapat mengawal diri dari terdetik rasa tidak puas hati...

hrummm..saya tidak sedih..saya senang...saya baik2 saja...

"I'm driving around in my car

I'm driving too fast, I'm driving too far

I'd like to change my point of view

I feel so lonely, I'm waiting for you

But nothing ever happens, and I wonder "

hari ni saya betul-betul ke library. kelas tak ada..lepak library je..memandangkan tiada 'teman tapi mesra' nak teman jalan-jalan window shopping ^_^ hik..hik..hik..

sampai library jam 11 am... jumpa best friend jup sebelum dia ke kelas :)
bincang tentang tesis yang masih belum ada tajuk...aduh..pening..pening..[tapi saya belagak cool..huhuhu]

1.30 pm dia ke kelas, saya ke surau di tingkat atas library. sendiri, saya tak tahu apa nak buat. [sepatutnya memang study la...] tapi.... ^_^
shuttt....saya nak bagi tahu satu rahsia...[saya tak suka sendiri..saya mahu ada teman. saya banyak cakap..]
saya berada di surau sahaja. orang bersilih ganti. saya tetap di situ, membaca dan terus membaca sehingga kantuk di mata tidak tertahan. hampir tertidur..[buruk perangai]
saya tidur jam 2.45 - 3.15 pm...[dalam telekung. sekali lagi buruk perangai. bajet suci la.. hahaha]
saya sambung lagi membaca sehingga Asar...tenang..sungguh tenang...tiada sesiapa di sekeliling...
5.30 pm, pulanggggggggg....saya sudah tenangggggggggg..... [tekanan gayanya] tak..saya baik-baik saja...

sepanjang jalan...penuh dengan ketenangan... tiba-tiba... kereta kelihatan semput...[saya takut.sungguh takut. tak tipu punya...] wahai kereta..sayang bucuk..bucuk.. jangan la macam ni.. saya takut jika mati di tengah jalan...
berhenti di traffic light di sunway... matiiiiiiiiiiiiiiii terasa tiada darah mengalir di seluruh anggota. kereta mati di tengah-tengah jalan [lane kanan] kereta berderet-deret di belakang... oh no...saya tak tahu....
cuba jaya...cuba jaya... tawakal.... hidup akhirnya.. dalam keadaan semput-semput ayam..saya menukar arah.... [berdoa supaya tiada halangan di hadapan...] tiada kereta berhenti..tiada jem... tiada masalah di tol... argh....siapa yang punya masalah dengan smart tag mereka ni??

hari ni saya memandu dalam keadaan separuh merbahaya... [tujuan utama] supaya kereta tidak berhenti...
nasib hari ni berbuka di 'the chicken rice shop' di giant berhampiran rumah. [tak la hampir sangat sebenarnya..] dalam kiraan 2 susur, 4 selekoh tajam setajam sudu..hahaha, 4 simpang untuk sampai di rumah...
sesampi di parking kereta mati dengan jayanya...Alhamdulillah saya sampai dengan selamat.

kereta oh kereta masuk hari ni dh 3 kali kamu rosak bila bersama saya..kenapa? tak sayang sama sayakah? huh~ sungguh kecewa..tiada siapa yang mau sayang sehinggkan kereta pun tak mau sayang :((
1- pulang ke kampung bulan jun. separuh malam saya berada di highway..
2- pulang dari kenduri BFF di kuala selangor.. separuh malam juga saya di stesen minyak.
3- hari ni sehingga mati di tengah jalan... Alhamdulillah...saya tidak bermalam di tengah jalan
[ada hikmahnya....] semoga saya terus di lindungi..Amin...

di giant, jalan-jalan cuci mata sebelum waktu berbuka...
teringat kepada satu tujuan...saya nak cek mata...
semenjak dua menjak ni...mata kelihatan tidak baik...

ini hasilnya....

rabun...tiada...kanan 0.00, kiri 0.12 [sikit je.] silau kanan 0.75 [patut la kabur masa depan belah kanan], silau kiri 0.00
tapi...tapi...tapi.... tahap silau yang sudah menunjukkan tanda-tanda kena menggunakan alat bantuan...saya tidak mahu..saya rimas...
tanya si amoi kepada saya " you ada duduk itu depan komputer lama ka?" saya hanya sengih sehingga menampakkan barisan gigi sambil mengangguk... [ini kan kehidupan saya..]
kata amoi... " kalau u bawak itu kereta, malam-malam boleh terganggu dengan cahaya lampu.." hehehe...saya tanya pada dia... " kalau pakai lens boleh ke?" uhuhuhhu [bajet cun]
mesti la tak boleh... dia suggest saya supaya pakai kaca mata supaya tak bertambah worse. saya tak buat apa-apa keputusan...
hrumm..semua tu guna duit... tapi..mata..mata kelihatan kabur..kabur masa depan...

wah...dah berapa lama saya di sini??? mata saya akan bertambah worse. saya tidak mahu...
saya pergi sekarang...ok~!! sekarang...

selamat malam semua... selamat malam bulan dan bintang...selamat malam kucing-kucing...
wassalam...

p/s : jangan buat apa-apa spekulasi yang buruk.. saya tidak mahu menjadi punca kepada terjadinya dosa-dosa kecil dan besar.. patutkan saya dengar saranan amoi?? tidakkk...

wassalam....

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...