Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 28, 2010

75 - semalam yang tidak seronok

Assalamualaikum...


mode: tidak menentu...


semalam pergi shopping konon-kononnya...[keluar jam 4.30pm] bila dah lewat terasa berat pula mahu keluar. tapi, nak cari baju punya pasal...keluar juga lah. [memikirkan pasti akan ada sesuatu yang berlaku]
singgah di jusco bukit raja..[kakak tukar buku yang rosak di MPH, solat Asar]
terus menuju ke kawasan yang ada bangunan-bangunan untuk shopping~
SACC, PKNS, Plaza Alam sentral.


jem~!!
kereta yang sangat banyak. orang yang sangat ramai. jam 5 hampir sampai. tapi di sebabkan belakang PKNS ada bazar..huih~ beramai-ramai membeli juadah seawal jam 5..adoi~ semak mata memandang semak lagi kepala saya...


ke SACC tak menarik.menempuh lautan manusia untuk masuk ke bangunan PKNS. sangat crowded di dalam...
keluar dengan tangan kosong..
beli sedikit juadah untuk berbuka... [saya tidak suka membeli belah makanan ^_^] cuma memilih air oren + cendawan goreng tepung..huhuhu


ke Plaza Alam sentral...sudah 7pm ketika itu...saya masih berlegar-legar mencari ilham..[baju sebenarnya]. siyes saya putus asa...


pulang....
singgah di puchong perdana membeli makanan kucing ^_^
kakak off engine kereta tanpa off lampu..wah..faham-faham sendiri la...
macam mana mahu start kereta? [inilah sesuatu yang nak berlaku itu]
seperti mahu menjerit. saya sudah terbayang-bayang pancuran air hujan ketika itu..
terbayangkan nota matematik yang masih belum khatam untuk jawab test hari ni...
tidakkkkkkkkk.............


bertindak~!! [saya tak suka situasi ini] saya tak suka tanya-tanya orang. saya tak suka nak minta-minta pada orang. saya tak suka bercakap dengan orang yang saya tak kenal. saya tak suka. pendek kata..ibaratnya biar saya bermalam di situ dari saya terpaksa meminta-minta bantuan. [memang teruk saya ni].
tapi di sebabkan esok ada test dan saya belum khatam nota...saya buat juga...
setiap orang yang parking di sebelah atau berhampiran kereta saya pasti saya ajukan "maaf encik, ada jumping cable? kereta saya tidak boleh start." dengan jayanya mereka-mereka jawab tidak ada...adoi~~ 


saya pergi juga ke balai polis bergerak yang berjarak lebih kurang 100m dari kereta saya.
"maaf encik, boleh tolong saya? kereta saya tak boleh start.saya terlupa off lampu.saya perlukan jump start.encik boleh tolong? saya nak balik..."[buat muka kasihan]
nak tahu apa jawapan en.polis?
"kami tak ada jumping cable macam mana nak jump start? "1saat, 3saat,5saat berlalu. en.polis hanya begitu.wah~ saya sangat marah [menahan kekecewaan dan kemarahan ]. saya tanya lagi.. " jadi, tak boleh tolong la ni??" nak tahu mereka jawab apa? " tak boleh la.."[dengan muka yang tak bersalah] arghhhhhh~~~~~!!!!!!!!! [siyes saya marah] saya sudah menebalkan muka untuk meminta bantuan..mereka jawab tidak boleh..[ma~!!!!!!!! tolong...saya sangat marah.....]


kalaupun dia sedang bertugas..tak boleh ke bantu saya? mereka ramai..ada 3 orang yang saya nampak. apa salahnya jika salah seorang cuba cari jalan untuk membantu.
saya berlalu dengan pantas [marah.marah.marah]


sampai ada seorang encik ni..bagi suggestion "belakang bangunan tu ada bengkel.pergilah tanya." [itu saja?] saya ucap juga terima kasih... [dalam keadaan yang tak rasional saya berfikir..kenapa tidak dia menawarkan diri untuk memanggil makenik di 'belakang bangunan tu' untuk saya?] huh~
saya menapak juga sejauh lebih kurang 500m. (T_T)
[apalah hikmah semua ini...]
en.wira memang tidak sayang pada saya... sudah banyak kali en.wira mogok bila bersama saya... [saya tak pernah susahkan en.wira] saya hanya bawa en.wira ke kelas saja setiap hujung .
minggu..kadang-kadang bawa shopping,kadang-kadang je bawa laju-laju (^_^)v


mekanik sampai selepas 5minit saya sampai di kereta [menapak lagi 500m] dan sudah membeli slurpee di kedai 'tujuh sebelas' .
dengan hanya sekali start kereta sudah berjaya di hidupkan...dengan bayaran RM10. adoi~~ [rezeki en.makanik]


pulang + mandi + makan donut big apple + study + tertidur + bangun sahur + di sini + di sini + di sini = sudah mahu ke kelas....


p/s: jangan lupa off lampu kalau berhenti kereta. tolong doakan saya tidak mempunyai sifat marah.saya tidak memerlukan sifat itu. biar tiada..Amin....
jangan sebut lagi perkataan polis di hadapan saya.


wassalam....



No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...