Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

168 - weekend yang kosong

Assalamualaikum...

semoga kita dilimpahi rezeki oleh Allah..Amin...

sabtu..
hasrat untuk keluar pagi tidak berjaya setelah saya diminta untuk menghantar kakak membawa anak buah yang demam ke klinik. niat keluar jam 7.00am bertukar menjadi 9.15am..

pagi
pagi


petang @ utm..cantikkan?
teruja tengok awan macam gula-gula kapas..[cuaca sangat panas]
saya pulang awal. jam 4.30pm sudah gerak..
mata mengantuk study Math yang tak kelihatan modennya... hahaha [aljabar moden]
ambil kakak  di stesyen [damai] putra yang keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya.

sebelum sampai rumah, tukar bateri jam...aaaahhh~ nyawa hidup kembali...senang hari ^_*
saya sangat penat. malam nak tengok rancangan Aznil. turun bawah..take a nap kononnya...sambil menanti rancangan tu mula...akhirnya..saya tak tengok aznil..aznil yang tengok saya...
kepenatan yang tak dapat dikawal. saya tak hiraukan sesiapa yang kejutkan saya dari tidur...

saya tak sempat menunggu saat-saat menutup lampu... hahaha
en.maxis hantar kat saya..bagus kan??
patutlah saya lena...lampu di off kan...bergelaplah..bertambah la..lenanya... hihihi...
natijahnya?
buka mata...gelap...
sakit belakang...rupa-rupanya....saya tidur atas lantai
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~!!!!!!!!1
saya marah diri saya sendiri... kerana membiarkan diri berada di atas lantai. hanya beralaskan karpet sahaja?
intai jam di tangan.. jarum menunjukkan jam 5.00am...
saya nak nangis...

ahad...
hasrat nak keluar awal sebab takut kena parking hadapan rumah Yusri, tiba-tiba saya teringat minggu ni minggu konvokesyen. tiada kelas.. maka, tiada siapa yang mahu datang awal...
saya gerak jam 8.00am...

pagi di NPE


awan di KL [dari bilik perbincangan tingkat 4 library]
setelah masuh waktu zohor..saya ke surau yang hanya beberapa meter dari bilik perbincangan kami...
sewaktu saya melangkah masuk, hanya seorang je yang saya nampak ketika itu...
saya menghampar sejadah dan meletakkan telekung..terus mengambil wuduk. semasa saya memakai kain, seseorang menyapa saya [orang yang saya nampak ketika saya masuk tadi]
kakak: "dik, nak solat sama?"
saya: kaget " boleh juga." 1000 rasa yang saya alami ketika itu... "tapi...akak imam ye?"
kakak: "boleh..boleh..."

saya terharu...sudah lama saya tidak solat berjemaah...Alhamdulillah...kerana hati dengan pantas menerima tawaran itu...
seusai solat, saya berdoa...saya dengar kakak tu berdoa..sungguh~! sayu hati saya... entah kenapa..saya pun tak pasti..saya meng'Amin' doanya..Amin..Amin..Amin....
saya bersalaman dengannya...saya mencium tangannya..dia senyum dan memeluk saya..berlaga pipi tiga kali..
banyak kali saya mengucapkan terima kasih kepadanya...

lepas solat dia bertanya saya...
kakak: "full time pun datang weekend ke?"
saya:"saya part time.." wah~ ada macam muka budak full time ke saya ni? hehehe
kakak: "owh..."
saya: " akak?"
kakak: "akak study di UPM sebenarnya.. tapi jauh sangat nak ke sana.. datang library  UTM la untuk cari bahan. suami akak kata boleh guna library di sini..."
saya: " owh~ betul juga..sini dekat je..senang sikit.:
dia senyum kat saya... terus bangun sambil membawa barangnya..
saya termenung seketika... saya buka telekung, dan bangun...saya tak habis kaget lagi..saya pusing belakang nak bertanya namanya..dia sudah tiada...wah~ pantasnya akak ni keluar...tak sampai satu minit pun..
[terkilan di hati saya]. saya berdoa semoga bejumpa dengannya ketika saya hendak pulang...tapi tiada...


berhasrat lepas zohor mahu pulang walaupun latihan aljabar moden belum siap. ^_^
ke kedai buku di amcorp mall..
cuaca panas...memakai inner hitam...membuatkan lengan saya sun burn..
jalan-jalan book access..saya tidak membeli buku..hanya mahu jalan-jalan...tiada niat untuk membeli buku..

singgah di kedai kamera...saya melihat lens.. eh, murah dari harga sebelum ni...
kata kawan saya " tak payah la...harganya boleh buat bayar yuran satu semesta."
"hobi ambil gambar mahal la..."
terguris hati saya...saya bukan mahu membelinya sekrang atau bila-bila..nanti-nanti ke..manalah saya manalah tahukan?[saya tahu saya tak punya duit] saya hanya membandingkan harga yang saya pernah tengok sebelum ni...
saya tak pernah mempertikaikan hobi sesipa...saya tak pernah nak kisah hobi sesiapa...saya menyokong sahaja sesiapa yang mempunyai hobi...
tapi..kenapa saya dipertikaikan??
salah ke saya?

nota hati: menjadi seorang Norazlina [atau] Nora yang hanya mengiakan apa sahaja pendapat, kehendak, perangai orang lain menjadikan orang lain tidak menghiraukan perasaannya?

2 comments:

haiqal said...

Yang penting enjoy your day,weeee

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

thanks haiqal ^_^
sentiasa happy~

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...