Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

77 - Dia memang tak sayang saya...

Assalamualaikum....

sudah dua hari tak jalan-jalan yang tidak memenatkan ^_^
maaf kepada member-member blog yang selalu singgah di zon Norazlina [atau] Nora sebab saya tak dapat jalan-jalan di blog korang... weekend yang busy dan memenatkan.
nanti, ada masa saya singgah di blog korang ya?

intro tak ada kaitan dengan title :)
dia memang tak sayang saya...memang tak sayang...saya sangat kecewa..semalam dia buat hal lagi... dia membuatkan kepercayaan saya terhadapnya hilang...punah....

en.wira... 
kenapa rosak lagi...en.wira mamang sudah tidak sayang saya??
kerata rosak ketika saya sedang memandu. mati secara tiba-tiba..[sungguh menakutkan] ketika itu jam 5.03pm..di damai..saya mahu pulang ke puchong..[jaraknya masih jauh]
apa yang nak di buat sendirian... tiada siapa yang berhenti bertanaykan masalah saya. saya tak comel barangkali. [saya tak harap sesiapa berhenti pun..takut yang berhenti ada niat lain ^_^ ]

hrum..kawan yang saya hantar ke stesen putra tadi..kembali ke tempat kereta saya rosak...[kasihan beliau menapak lebih kurang 500m di bulan ramadan].
setengah jam kemudian ada seorang kawan lelaki yang prihatin dengan masalah saya sampai...[terima kasih] walaupun beliau tak dapat membantu saya, sekurang-kurangnya keprihatinan beliau menunjukkan nilai sebuah persahabatan..[saya tidak dapat menebak apa yang ada dalam hatinya]

1jam kemudian..kakak, dan abang ipar dan anak-anak sampai bersama dua orang mekanik. kakak berkira-kira untuk tukar kereta baru...kasihan en.wira...[semoga rezeki kakak murah.Amin..] 
saya risau..setiap kali en.wira rosak...mesti bersama saya...kakak pula marah-marahkan saya...bukan saya yang rosakkan kereta dia..kereta dia yang suka buat hal ketika bersama saya...

jam 7pm kami gerak ke shah Alam...[sudah berjanji mahu berbuka di luar pada hari ini]
pecutan perlu di tambah sebelum maghrib... tapi...KL - Shah Alam bukan jarak yang dekat... kami berbuka di dalam kereta, di dalam perjalanan dengan hanya air mineral. Alhamdulillah....
Allah menduga saya lagi...[kali ni saya sudah tiada perasaan ketika kereta rosak]
saya tak tahu apa hikmahnya...semoga saya terus di lindungi...
lepas makan di restoran 'molek', anak2 minta pula KFC...


pulang dengan keletihan... tak sempat on9..[seperti sasau] sudah tertidur dengan lampu bilik tidak bertutup..
fikiran terganggu...
bangun pagi...lepas subuh...terus di depan laptop...[tersenyum]
saya akan tersenyum selama seminggu...muahahaha..

p/s: hargai persahabatan..kerana ia tak ternilai dengan apa-apa pun...
kalau kawan kita sedang membatu orang lain, tak salah kalau kita tumpang membantu...

wassalam.....


2 comments:

Beruwang said...

kalau dah niat nak tukar tu memang kete selalu merajuk

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

muahaha...
nop! orang yg tak beruwang macam kami ni tak ada la niat nak tukar kereta sebelum ada wangnya.. ^_* hehehe

tapi tu la kan... semuanya dugaan...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...